Selasa, 2 Disember 2008

Makan bajet Bersama Budak2 yang Dah Habis

"Perpisahan yang muncul jua..." Lirik dari lagu yang aku dah lupa penyanyinya dan tajuknya. Mungkin tak wujud kot. Sedih. Huhu.. Pagi ni aku balik. Tinggallah kenangan aku disini. Tapi aku tak habes lagi. Aku akan kembali lagi ke sini. Mungkin setahun lagi kot. InsyaAllah. Kalau tiada aral melintang seperti angin yang melintang di lebuhraya.


Fizi memulakan langkah kanan dengan muka ghairah



Tersenyum mesra kepada tokei kedai tanda setuju

Kini hanya tinggal 6 orang. Selepas satu sem, tinggal 4 orang. 4 orang budak itam cadangnya nak grad sesama. Nasib baik aku membuat tindakan pantas menukar pelan aku. Daripada "menghabiskan duit orang" kepada tempoh yang lebih singkat. Kalau tidak mungkin satu sem aku akan sensorang. Aku telah mengambil pengajaran budak bilik depan. Boleh jadi gila aku kalau difikirkan.


Hidangan kreativiti dari tukang amik order

Gambar ni ehsan dari kedai makan kat Setulang. Kat sini pun dah kurang bebudak kami. Hanya 6 orang ja ada kat sini. Persaingan sungguh sengit kat kedai kat Setulang nih. Malas aku nak cerita perihal kedai kat Setulang nih. Hidangan candangan ni tak la seberapa. Dah akhir sem. Kalau tidak tentu aku mengeluarkan wang saku aku tanpa banyak pertanyaan. Hehehe...

Jumpa lagi sahabat-sahabatku...

1 ulasan:

Cik Seri berkata...

wah, bestnya dapat jalan-jalan.
cuti-cuti malaysia.